Posts

Showing posts from January, 2024

Sendiri

Image
  Kadang menyendiri bukan untuk menghilangkan diri, tapi diri sendiri perlukan waktu untuk mencari inspirasi. Perlukan waktu untuk sedar diri dan teruskan perjalanan diri ini. 

Menatap bulan

Image
Selagi mana kita masih memandang bulan yang sama, selagi itu aku percaya kau dan aku bisa bersatu walau apapun jalannya.   

Sampai satu masa

Image
Sampai satu masa, kita akan sentiasa berterima kasih dengan semua nikmat yang Allah kurniakan. Berterima kasih dengan segala doa yang kita aminkan dahulu, kini Allah makbulkan. Semua doa yang kita langitkan, tidak akan kembali dengan tangan kosong. Sama ada mendapat yang baik ataupun lebih baik.   

Lelah

Image
Minggu yang melelahkan, tapi kau tidak boleh mengalah.

Perancis

Image
Kuiz Perancis yang terakhir untuk ijazah kali ini. Selepas ini tiada lagi perjalanan jauh hingga PKBL. Semoga jumpa lagi madame. Je t’aime toujours. ❤️

Hujan

Image
"Selembut hujan bercurahan begitulah cinta ini semesra bumi yang disirami begitulah hati ini." -Sudirman  

Bersama

Image
  Menyelesaikan tugasan bukan mudah, tapi bersama mereka semua menjadi indah. Masih jauh perjalanan, semoga Allah permudah. Lagi tiga semester bersama, semoga kita kekal bersama hingga akhirnya. 

Minggu 14

Image
  Minggu 14 semakin menghampiri penghujungnya.  Peperiksaan semakin mendekati. Kepada semua mahasiswa, selamat berjuang!

Kenangan

Image
  "Beberapa orang tinggal dalam hidupmu agar kau menghargai kenangan. Beberapa orang tinggal dalam kenangan agar kau menghargai hidupmu." - Fiersa Besari

Malam

Image
“Hadirnya malam temani hati yang suram.”

Bulan

Image
"Di saat matahari tinggalkan kita,  ada bulan yang menjadi peneman gelap.”

Bukit Melati

Image
Bukan kesusahan mendaki bukit itu menjadi tumpuan, tapi perjalanan mendaki bersama itu menjadi kebahagiaan. Semoga lebih banyak bukit mampu kita daki bersama. ❤️

Rejab

Ψ§Ω„Ω„َّΩ‡ُΩ…َّ Ψ¨َΨ§Ψ±ِΩƒْ Ω„َΩ†َΨ§ فِيْ Ψ±َΨ¬َΨ¨َ وَΨ΄َΨΉْΨ¨َΨ§Ω†َ وَΨ¨َΩ„ِّΨΊْΩ†َΨ§ Ψ±َΩ…َΨΆَΨ§Ω†َ "Duhai Allah, berkatilah kami pada bulan Rajab dan bulan Sya'ban dan pertemukanlah kami dengan bulan Ramadhan."

Hilang

Image
  Tuhan itu penyayang, Dia kurniakan insan baik di kelilingku dalam masa jiwaku hilang.

Boling

Image
  Minggu 14 dan peperiksaan semakin menghampiri. Tekanan mental dan fizikal juga semakin dirasai. terima kasih kepada orang-orang baik yang telah mengajak keluar bermain boling pada hari ini. Boling ini bukan sahaja kepada cara balingan, namun cara pergerakan bola itu sendiri untuk kita menjatuhkan semua pin. Kita akan melihat kepada pengakhiran dalam sesuatu perjalanan sama ada berjaya atau tidak. Terima kasih orang baik, jumpa lagi nanti. 

Luka

Image
Lupakanlah masa lalu, sembuhlah dengan waktu.

Perjalanan

Image
Tidak semua orang akan memahami perjalananmu. Tidak mengapa. Ini bukan perjalanan mereka untuk memahami perjalananmu.

Sunyi

Image
  Di balik tawanya sendiri di dalam rumah,  ada jiwa yang ingin peneman, mungkin bukan sekadar mengisi kekosongan,  tapi sebagai pelengkap rasa di hati.

Merak sunyi

Image
    Begitulah alam bercanda, Merak yang berkibaran indah dikatakan mendabik dada, Terlalu bongkak hingga tiada siapa mahu berada bersenda.   Merak juga pada akhirnya ingin berteman, Walaupun semesta menentang, dia juga punya hati dan perasaan, Perlukan jiwa yang tenang dalam semua perbuatan.   Namun, alam memandangnya penuh dengan kejahatan, Hidup seperti merak, namun jiwa sesunyi tanah yang melata, Berlaku adillah kepada semua ciptaan-Nya, Kerana di balik hidupnya tiada siapa yang mengetahui betapa peritnya kehidupan.

Tasik

Image
Berjalan-jalan mengelilingi tasik. Melihat pemandangan yang luas terbentang. Berdamai dengan alam, supaya hati tidak tenggelam. Dalam suasana yang tenang, hatiku dan fikiranku yang berperang. Sering mengingati diri sendiri jangan bermusuh dengan takdir, supaya akhirnya kau redha dengan semua ujian yang hadir. 

Indah

Image
Untuk mendapat pemandangan yang penuh indah, ada perjalanan yang sukar untuk diredah. Dari puncak bukit melihat seluas pantai. Maka nikmat Tuhan manakah yang kamu dustai? Bukit Batu Putih menjadi tarikan kerana banyak batu putih yang berada di atas puncak, terlalu ramai sampai terpaksa menunggu giliran untuk bergambar. Apakan daya sudah berada di atas, rugi untuk tidak merakam pemandangan yang indah walaupun perlu berebut dan menunggu. 

Pelangi

Image
  Dua semester yang sangat melelahkan, tapi alhamdulillah Allah permudah. Walaupun banyak ribut hari ini, percayalah akhirnya pasti akan tiba pelangi.

Bahagia

Image
Alhamdulillah, 2024 dimulakan di sisi keluarga, tiada yang lebih sempurna melainkan mereka, semoga 2024 baik-baik sahaja untuk kita, hanya satu yang aku pinta, moga Allah kekalkan kebahagiaan kita hingga syurga. "Semoga ada cara untuk terus bersama." -  https://www.youtube.com/watch?v=aSZHbqZXWBg

Selamat Datang 2024 :)

Selamat datang tahun baru, semoga tahun diri aku lebih menjadi diri sendiri, lebih berpijak di bumi yang nyata, lebih percaya bahawa hidup ini ada suka dan duka.