"Beberapa orang tinggal dalam hidupmu agar kau menghargai kenangan. Beberapa orang tinggal dalam kenangan agar kau menghargai hidupmu." - Fiersa Besari
Matahari turut cemburu, walau dia bersinar di sana, kalian tetap mencuri perhatianku. Matahari turut cemburu, kerana selalu melihat, kalian dan aku bersatu selalu. Terima kasih, Walau banyak pilihan yang datang, Kalian meraih tangan ku untuk kalian genggam. Terlalu banyak kisah suka dan duka kita kongsikan bersama, Cukuplah kalian tahu, aku menghargai kehadiran kalian dalam hidupku.
Bagai peluang keemasan apabila dapat menyertai Seminar Pemikiran Sasterawan Negara: Siti Zainon Ismail. Jika diungkapkan dengan kata-kata, terlalu banyak perkongsian yang dapat dipelajari oleh semua hadirin. Namun, ada satu karya yang disebutkan oleh pembentang yang amat menarik minatku untuk mencari buku tersebut. Pembentang tersebut memberi gambaran yang luas mengenai salah satu buku Siti Zainon Ismail yang berjudul Bijak Si Katak Bijak. Jika dilihat secara kasar, tajuk tersebut bagaikan keanak-anakan. Namun, perkongsian tersebut membuka mataku mengenai pendirian terhadap peribahasa katak di bawah tempurung. Katanya, "katak itu banyak tempurung. Ia tidak tinggal lama di dalam satu tempurung, hanay sembunyi daripada musuh atau berlindung daripada hujan, siang dia akan melompat lagi. Berteduh lagi dengan mencari tempurung untuk berlindung." Kata-katanya telah mengubah persepsiku bahawa katak tidak tahu apa-apa mengenai sekeliling, kini katak juga bijak mencari penyelesaian.
Istimewanya langit terhadap sekalian semesta, Langit menatap jiwa yang gundah, Langit menatap insan yang ingin berteman, Langit menatap sanubari yang sunyi. Istimewanya langit mampu menatap kita tanpa jemu, Walaupun kita hadirkan tangisan, Langit sertakan hujan untuk memahami gelombang hati, Namun, setelah itu hadirnya pelangi untuk mengobati. Istimewanya langit mampu membuat bibirku berlekuk indah. Pada langit, semua isi hati tercurah, Walau padanya akhirnya langit berubah warna, Namun, dia tidak pernah berubah rasa. Rasa yang sama untuk memeluk semua jiwa yang masih menantinya. Kerana langit itu sangat istimewa untuk semua jiwa.
Comments
Post a Comment