"Tiada apa yang tinggal untuk awak hancurkan. Jiwa raga saya semua dah punah seperti yang awak harapkan. Bukan sahaja tiada sisa, namun jiwa yang sudah biasa. Setakat sakit ini, lebih dari itu saya pernah hadap. Sekarang hanya nyawa saya yang tinggal. Kalau itu mampu puaskan hati awak teruslah bunuh saya tanpa sisa lagi. Saya dah penat." "Baru sikit, belum semua dendam aku yang keluar. Nyawa kau? Nanti dulu, aku tunggu sampai kau merayu-rayu untuk aku habiskan terus riwayat kau."
Bagai peluang keemasan apabila dapat menyertai Seminar Pemikiran Sasterawan Negara: Siti Zainon Ismail. Jika diungkapkan dengan kata-kata, terlalu banyak perkongsian yang dapat dipelajari oleh semua hadirin. Namun, ada satu karya yang disebutkan oleh pembentang yang amat menarik minatku untuk mencari buku tersebut. Pembentang tersebut memberi gambaran yang luas mengenai salah satu buku Siti Zainon Ismail yang berjudul Bijak Si Katak Bijak. Jika dilihat secara kasar, tajuk tersebut bagaikan keanak-anakan. Namun, perkongsian tersebut membuka mataku mengenai pendirian terhadap peribahasa katak di bawah tempurung. Katanya, "katak itu banyak tempurung. Ia tidak tinggal lama di dalam satu tempurung, hanay sembunyi daripada musuh atau berlindung daripada hujan, siang dia akan melompat lagi. Berteduh lagi dengan mencari tempurung untuk berlindung." Kata-katanya telah mengubah persepsiku bahawa katak tidak tahu apa-apa mengenai sekeliling, kini katak juga bijak mencari penyelesaian....
Comments
Post a Comment