Merak sunyi
Begitulah alam
bercanda,
Merak yang
berkibaran indah dikatakan mendabik dada,
Terlalu bongkak
hingga tiada siapa mahu berada bersenda.
Merak juga pada
akhirnya ingin berteman,
Walaupun semesta
menentang, dia juga punya hati dan perasaan,
Perlukan jiwa yang
tenang dalam semua perbuatan.
Namun, alam
memandangnya penuh dengan kejahatan,
Hidup seperti
merak, namun jiwa sesunyi tanah yang melata,
Berlaku adillah
kepada semua ciptaan-Nya,
Kerana di balik
hidupnya tiada siapa yang mengetahui betapa peritnya kehidupan.
Comments
Post a Comment