Antara Ranting Kemuning dengan Kesusasteraan Melayu Singapura

 


Seminar Jalinan Budi telah diadakan pada 18 Oktober 2023 yang bertempat di National Institute of Education, Singapura. Profesor Madya Dr Mawar Safei telah diundang sebagai penulis tamu dalam Program Penulisan Kreatif Asia atau lebih dikenali sebagai ACWP. Beliau telah menggunakan ranting kemuning sebagai pilihan kerana teringat kemuning yang jauh ditinggalkan di Malaysia. Oleh itu, beliau menggunakan ranting kemuning itu sebagai penyebab walaupun hubungan jauh terpisah, namun ikatannya masih ada. 


Harapan antara ranting kemuning yang berlaku di antara Malaysia dan Singapura adalah terdapat kerjasama akademik. Sebagai contohnya, pertukaran pensyarah-pelajar, penyelidikan, penulisan, penerbitan dan kursus penulisan kreatif. Selain itu, kerjasama melahirkan penulis yang secara tekal juga dapat dilahirkan melalui bengkel penulisan kreatif dan bengkel penulisan kritikan. 

Semoga lebih banyak hati yang berpaut dalam bidang penulisan ini. Melalui pencerahan awal dalam bidang penulisan, lebih banyak idea kreatif dapat dilahirkan dalam diri setiap insan.

Comments

Popular posts from this blog

Matahari dan mereka

Siti Zainon Ismail : Seni Lukis dan Seni Tulis

Menatap langit