Siti Zainon Ismail : Seni Lukis dan Seni Tulis

 




Bagai peluang keemasan apabila dapat menyertai Seminar Pemikiran Sasterawan Negara: Siti Zainon Ismail. Jika diungkapkan dengan kata-kata, terlalu banyak perkongsian yang dapat dipelajari oleh semua hadirin. Namun, ada satu karya yang disebutkan oleh pembentang yang amat menarik minatku untuk mencari buku tersebut. Pembentang tersebut memberi gambaran yang luas mengenai salah satu buku Siti Zainon Ismail yang berjudul Bijak Si Katak Bijak. Jika dilihat secara kasar, tajuk tersebut bagaikan keanak-anakan. Namun, perkongsian tersebut membuka mataku mengenai pendirian terhadap peribahasa katak di bawah tempurung. Katanya, "katak itu banyak tempurung. Ia tidak tinggal lama di dalam satu tempurung, hanay sembunyi daripada musuh atau berlindung daripada hujan, siang dia akan melompat lagi. Berteduh lagi dengan mencari tempurung untuk berlindung." Kata-katanya telah mengubah persepsiku bahawa katak tidak tahu apa-apa mengenai sekeliling, kini katak juga bijak mencari penyelesaian. Katak itu sebagai lambang untuk anak-anak untuk suka menjadi bijak dan suka belajar. Salah satu perkara yang mengujakanku adalah buku tersebut mempunyai ilustrasi seperti katak yang berbaju Melayu, berbaju kurung serta turut belajar silat dan menari piring. Perkara ini membuktikan bahawa bakat melukis dan menulis amat diketengahkan oleh sasterawan ini untuk terus mendidik anak-anak dalam semua golongan anak. 

Comments

Popular posts from this blog

Matahari dan mereka

Menatap langit