Kecewa

 


Dulu dapat result SPM, sumpah rasa kecewa sangat. Sebenarnya memang boleh diagak semua subjek sains memang tak boleh pergi jauh. Tapi, kecewa tu tetap terasa. Sebab dengan keputusan begitu, banyak uni tak terima. Dari dulu memang nak masuk UKM, sebab minat dengan bahasa. Tapi saya tak mengalah, dengan result saya yang agak 'kukuh' dalam bidang sastera, saya ambil STPM. Allah sangat mudahkan kehidupan saya semasa tingkatan 6. Semua kekecewaan seorang zafira semasa berumur 17 tahun, ditebus semasa umur 20 tahun. Semua nikmat yang Allah tetapkan tak pernah terlambat kerana waktunya sangat tepat.

Comments

Popular posts from this blog

Matahari dan mereka

Tasik

Menatap langit