Penantian sia-sia
Dalam dua tempat
yang berbeza,
Ada aku dan kau
menanti bersatunya dua jiwa,
Kau disana
menungguku dengan sepenuh raga.
Aku disini
menantimu dengan penuh rasa.
Namun, kita dihuni
dengan rasa yang alpa,
Jika sama-sama
menanti bagaimana boleh bertaut dua hati?
Jika sama-sama
menanti,
Akhirnya antara
kita rasanya akan mati,
Rasa mati akibat
minda polos kononnya penat menagih pada yang tidak sudi.
Biarlah rasa itu
ditelan mati, kerana kita saling bersama tidak mahu beralih ke fasa bersatu di
sanubari.
Comments
Post a Comment