Posts

Showing posts from December, 2023

Pilu

Image
Dersik pilu tidak mampu engkau lihat, tetapi rasa.

Menatap langit

Image
  Istimewanya langit terhadap sekalian semesta, Langit menatap jiwa yang gundah, Langit menatap insan yang ingin berteman, Langit menatap sanubari yang sunyi.   Istimewanya langit mampu menatap kita tanpa jemu, Walaupun kita hadirkan tangisan, Langit sertakan hujan untuk memahami gelombang hati, Namun, setelah itu hadirnya pelangi untuk mengobati.   Istimewanya langit mampu membuat bibirku berlekuk indah. Pada langit, semua isi hati tercurah, Walau padanya akhirnya langit berubah warna, Namun, dia tidak pernah berubah rasa.   Rasa yang sama untuk memeluk semua jiwa yang masih menantinya. Kerana langit itu sangat istimewa untuk semua jiwa. 

Antara Ranting Kemuning dengan Kesusasteraan Melayu Singapura

Image
  Seminar Jalinan Budi telah diadakan pada 18 Oktober 2023 yang bertempat di National Institute of Education, Singapura. Profesor Madya Dr Mawar Safei telah diundang sebagai penulis tamu dalam Program Penulisan Kreatif Asia atau lebih dikenali sebagai ACWP. Beliau telah menggunakan ranting kemuning sebagai pilihan kerana teringat kemuning yang jauh ditinggalkan di Malaysia. Oleh itu, beliau menggunakan ranting kemuning itu sebagai penyebab walaupun hubungan jauh terpisah, namun ikatannya masih ada.  Harapan antara ranting kemuning yang berlaku di antara Malaysia dan Singapura adalah terdapat kerjasama akademik. Sebagai contohnya, pertukaran pensyarah-pelajar, penyelidikan, penulisan, penerbitan dan kursus penulisan kreatif. Selain itu, kerjasama melahirkan penulis yang secara tekal juga dapat dilahirkan melalui bengkel penulisan kreatif dan bengkel penulisan kritikan.  Semoga lebih banyak hati yang berpaut dalam bidang penulisan ini. Melalui pencerahan awal dalam bidang penulisan, lebi

Memori Kuala Kangsar

Image
  Jika difikirkan kembali, perkara yang paling menarik mengenai Kuala Kangsar adalah memori. Memori yang tidak yang tidak akan diterima di mana-mana. Memori itu semestinya akan berpihak kepada memori yang indah. Siapa sangka di balik penat lelah kita bersama, akan kenangan yang mampu tercipta hingga hujung nyawa. Bersama mereka membuatkanku rasa selain ilmu dan pengalaman, persahabatan itu juga bermakna. Persahabatan yang terjalin ini menjadikan kita lebih bersifat adik-beradik. Gaduh, gurau, tawa semua itu menjadi alunan indah dalam minda kita. Semoga kita berada di atas satu pentas yang gah, di hari dan waktu yang sama. Bismillah, 51 orang Pengajian Bahasa Melayu graduasi bersama dan berjaya bersama. Amin.

Matahari dan mereka

Image
  Matahari turut cemburu,  walau dia bersinar di sana,  kalian tetap mencuri perhatianku. Matahari turut cemburu, kerana selalu melihat, kalian dan aku bersatu selalu. Terima kasih, Walau banyak pilihan yang datang, Kalian meraih tangan ku untuk kalian genggam. Terlalu banyak kisah suka dan duka kita kongsikan bersama, Cukuplah kalian tahu,  aku menghargai kehadiran kalian dalam hidupku. 

Rumah terbiar

Image
  Duduknya kita di bawah satu bangku, Mata kau dan aku menatap menjadi satu, Hati kita saling bersapa melihat langit nan satu.   Langit yang indah bukti Tuhan himpunkan semua insan yang saling ingin bersama, Awan hadir sebagai pelengkap rasa antara dua jiwa yang meminta, Akhirnya awan akan pergi bergantian dengan senja.   Kedua-duanya memberi makna yang sama, Kita harus mencintai dalam semua situasi, sama ada dalam awan yang putih sarat dengan emosi, ataupun senja yang penuh dengan sunyi.