Asean Creative Writing Programme (ACWP)




    ACWP merujuk kepada Asean Creative Writing Programme yang merupakan satu inisiatif antara Majlis Seni Kebangsaan Singapura dan Fakulti Ilmu Kemanusiaan di Universiti Teknologi Nanyang, Singapura. Antara misi utama ACWP ini adalah untuk memperluas lagi peluang untuk para penulis dalam bidang penulisan dan pemahaman budaya di Singapura dan seluruh rantau ini. Program ini telah di selia oleh Majlis Kesenian Negera dan Jawatankuasa Penasihat. Jawatankuasa Penasihat berperanan sebagai wakil untuk segala minat dan kepakaran dari kalangan masyarakat. 

    ACWP ini amat penting dan membuka peluang yang besar kepada yang ingin menjadi penulis. Perkara ini memberi masa depan yang sangat cerah kepada penulis dan penterjemah yang ingin meluaskan lagi bakat mereka dalam bidang penulisan. Mereka juga dapat meningkatkan lagi kepakaran dan kreativiti mereka dengan bantuan ramai golongan-golongan hebat dan berpengalaman. Hal ini juga bertujuan untuk mereka menggalakan lagi pemahaman dan pertukaran antara budaya antara penterjemah dengan penulis yang menulis empat bahasa rasmi Singapura. Oleh itu, para penulis jangan putus asa bagai harapan tak putus jerat tersentak rantus kerana banyak cabang yang boleh digunakan untuk memperluas bakat. 

Comments

Popular posts from this blog

Matahari dan mereka

Siti Zainon Ismail : Seni Lukis dan Seni Tulis

Menatap langit