Bertarikh 4 November, hari yang amat mengujakanku. Mendapat panggilan daripada seorang sahabat mengatakan bahawa hari tersebut telah diadakan Pertandingan Berbalas Pantun Peringkat Kebangsaan 2023 di Fakulti Undang-Undang, UKM. Aku berasa kesal kerana tidak mengetahui pertandingan antara universiti-universiti awam ini terlebih awal. Namun begitu, nasibku begitu baik. Walaupun, diberitahu lambat, aku tetap sempat. Sesungguhnya, pertandingan yang diadakan sungguh menggamit memori kerana setelah sekian lama, akhirnya aku kembali untuk melihat salah satu seni dalam Bahasa Melayu yang amat aku minati. Setelah beberapa minit menyaksikan pertandingan tersebut, baru aku mengerti bahawa pertandingan tersebut mengetengahkan topik undang-undang. Oh, tidak peliklah mereka mengadakan pertandingan ini sesama jurusan undang-undang. Idea ini amat menarik kerana di samping mengkukuhkan pengetahuan mengenai undang-udang, mereka tidak mengetepikan bahasa kebangsaan negara ini. Antara topik ya...