Posts

PART 1

"Tiada apa yang tinggal untuk awak hancurkan. Jiwa raga saya semua dah punah seperti yang awak harapkan. Bukan sahaja tiada sisa, namun jiwa yang sudah biasa. Setakat sakit ini, lebih dari itu saya pernah hadap. Sekarang hanya nyawa saya yang tinggal. Kalau itu mampu puaskan hati awak teruslah bunuh saya tanpa sisa lagi. Saya dah penat."   "Baru sikit, belum semua dendam aku yang keluar. Nyawa kau? Nanti dulu, aku tunggu sampai kau             merayu-rayu untuk aku habiskan terus riwayat kau."  

Penantian sia-sia

Image
  Dalam dua tempat yang berbeza, Ada aku dan kau menanti bersatunya dua jiwa, Kau disana menungguku dengan sepenuh raga. Aku disini menantimu dengan penuh rasa.   Namun, kita dihuni dengan rasa yang alpa, Jika sama-sama menanti bagaimana boleh bertaut dua hati?   Jika sama-sama menanti, Akhirnya antara kita rasanya akan mati, Rasa mati akibat minda polos kononnya penat menagih pada yang tidak sudi.   Biarlah rasa itu ditelan mati, kerana kita saling bersama tidak mahu beralih ke fasa bersatu di sanubari.

Tamat tanpa debat

Image
  31/1/2024.  Berakhirlah perjuangan kami di semester 3.  Wallahi, banyak tangisan berlabuh di pipi untuk semester kali ini.  Mungkin segelintir menyatakan bahawa betapa beruntungnya kami tamat peperiksaan begitu awal.  Tapi tahukah mereka? Di balik kami  ketawa, banyak berjurainya air mata. Jangan lupa untuk berterima kasih dengan diri sendiri. Tahniah sudah melangkah sejauh ini. Allah tidak membawamu sejauh ini hanya untuk gagal.

Sendiri

Image
  Kadang menyendiri bukan untuk menghilangkan diri, tapi diri sendiri perlukan waktu untuk mencari inspirasi. Perlukan waktu untuk sedar diri dan teruskan perjalanan diri ini. 

Menatap bulan

Image
Selagi mana kita masih memandang bulan yang sama, selagi itu aku percaya kau dan aku bisa bersatu walau apapun jalannya.   

Sampai satu masa

Image
Sampai satu masa, kita akan sentiasa berterima kasih dengan semua nikmat yang Allah kurniakan. Berterima kasih dengan segala doa yang kita aminkan dahulu, kini Allah makbulkan. Semua doa yang kita langitkan, tidak akan kembali dengan tangan kosong. Sama ada mendapat yang baik ataupun lebih baik.   

Lelah

Image
Minggu yang melelahkan, tapi kau tidak boleh mengalah.