Posts

Showing posts from February, 2024

Penantian sia-sia

Image
  Dalam dua tempat yang berbeza, Ada aku dan kau menanti bersatunya dua jiwa, Kau disana menungguku dengan sepenuh raga. Aku disini menantimu dengan penuh rasa.   Namun, kita dihuni dengan rasa yang alpa, Jika sama-sama menanti bagaimana boleh bertaut dua hati?   Jika sama-sama menanti, Akhirnya antara kita rasanya akan mati, Rasa mati akibat minda polos kononnya penat menagih pada yang tidak sudi.   Biarlah rasa itu ditelan mati, kerana kita saling bersama tidak mahu beralih ke fasa bersatu di sanubari.

Tamat tanpa debat

Image
  31/1/2024.  Berakhirlah perjuangan kami di semester 3.  Wallahi, banyak tangisan berlabuh di pipi untuk semester kali ini.  Mungkin segelintir menyatakan bahawa betapa beruntungnya kami tamat peperiksaan begitu awal.  Tapi tahukah mereka? Di balik kami  ketawa, banyak berjurainya air mata. Jangan lupa untuk berterima kasih dengan diri sendiri. Tahniah sudah melangkah sejauh ini. Allah tidak membawamu sejauh ini hanya untuk gagal.